Customized Umrah

Kami adalah sebuah syarikat travel agent yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (www.motac.gov) untuk menyediakan pakej-pakej umrah untuk rakyat Malaysia dan sesiapa saja yang memegang visa umrah untuk menunaikan umrah dari Malaysia.

Kepakaran kami ialah menyediakan pakej mengikut kehendak tuan puan.  Tuan puan yang pilih untuk pergi bila, nak naik kapalterbang apa, nak tinggal hotel mana, nak makan makanan apa semasa di sana dan tuan puan juga menentukan samada nak masuk Makkah dahulu atau Madinah dahulu.  Tuan puan juga menentukan berapa malam nak tinggal di Makkah dan Madinah.

Kami boleh menyediakan pakej untuk seorang atau seratus orang .  Dan InsyaAllah kami hanya menyediakan yang terbaik untuk tuan puan.

Tuan puan boleh menentukan sendiri pakej umrah tuan puan mengikut ciri-ciri dibawah

Penerbangan terus ke Jeddah / Madinah atau penerbangan transit di Istanbul (ziarah Istanbul), Amman (ziarah Amman dan Baitulmaqdis atau melawat kem pelarian di Syria), atau singgah di Mesir untuk melihat pyramid dan sebagainya.

Tuan Puan boleh memilih untuk menaiki pesawat MAS, Saudi Airlines, Royal Jordan, Etihad, Emirate, Qatar dan sebagainya. Untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dan tiada ‘hiccup’, kami tidak menggunakan penerbangan murah seperti Air Asia dan Flynas.

Tuan Puan boleh memilih kenderaan berikut untuk pengangkutan darat di tanah suci :-

  • Limousine
  • GMC
  • Van mewah
  • Coaster
  • Bas Mercedes ( untuk kumpulan 20 org ke atas)

Tuan Puan boleh memilih untuk makan dihotel atau makan diluar.

Tuan Puan boleh memilih untuk tinggal dihotel-hotel berikut di Makkah

  1. Safwa Towers ( 5 star) – sebelah masjidilharam
  2. Zamzam Towers (5 star) – sebelah masjidilharam
  3. Hilton Hotels/ Suite (5 Star) – sebelah masjdilharam
  4. AL Massa (4 Star) – lebihkurang 30 meter ke masjidilharam
  5. Al Maqam (3 Star) – lebihkurang 30 meter ke masjdilharam
  6. Al Multazam (1 star) – lebihkurang 30 meter ke masjidlharam
  7. AL Saraya Ajyad ( 3 Star) – lebihkurang 200 meter ke masjidilharam
  8. Saraya Iman (3 Star) – lebihkuramg 200 meter ke masjidilharam
  9. Taala Al Badar ( 1 Star ) – lebihkurang 200 meter ke masjidilharam

Dan banyak lagi hotel-hotel lain

Tuan Puan boleh memilih hotel-hotel berikut untuk tinggal di Madinah.

  1. Hotel Oberoi (5 Star ) – sebelah masjid nabawi
  2. Hotel Al Haram (5 star) – 50 meter ke masjid nabawi
  3. Hotel Dyar International (5 Star) – 50 meter ke masjid nabawi
  4. Hotel Golden Ansar (4 star) – sebelah masjid nabawi
  5. Hotel Fairuz Shatta ( 3 Star) – 30 meter ke masjid nabawi
  6. Hotel Concorde ( 4 Star) – 150 meter ke masjid nabawi

Dan banyak lagi hotel-hotel lain